Salam
Pengakap,
Memperbaharui keahlian tahunan bagi semua ahli Pengakap, pemimpin dan ahli jawatankuasa adalah WAJIB seperti termaktub dalam P.O.R Persekutuan Pengakap Malaysia di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968 dan Akta 143 tahun 1974.
Ringkasan Tatacara Keahlian Tahun 2016/2017 adalah seperti berikut:
1. Proses kutipan data
ahli dan yuran di peringkat kumpulan (sekolah-sekolah) bermula 1 Mac
sehingga 29 Mac 2016.
2. Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum atau pada
4.00 petang 30 Mac 2016 (Rabu).
3. Tarikh sah
keahlian adalah untuk mulai 1 April 2016 sehingga 31 Mac 2017 (1 tahun).
4. Data dikumpulkan
menggunakan fail Microsoft Excel yang telah dipermudahkan dan boleh
dimuat-turun di sini : https://drive.google.com/file/d/0B3rA30TF01E_V2I1S18tUl96eW8/view?usp=sharing (versi 12-terkini)
5. Lengkapkan maklumat
kumpulan, data ahli, dan pemimpin.
6. Rumusan akan dijana secara
automatik.
7. Simpan (Save as) fail
Excel tersebut mengikut format berikut : NOKUMPULAN-NAMASEKOLAH.xls
8. Bayaran dibayar
secara tunai, Cek atau terus ke akaun Maybank 551100 313 609
atas nama :- PER PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KULAI.
atau melalui CIMB bank atas nama :- Majlis Pengakap Daerah Kulai,
atas nama :- PER PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KULAI.
9. Hantar fail Excel
tersebut dan bukti pembayaran kepada daftar.ppmdkj@ yahoo.com
10. Cetak Borang
RUMUSAN.
11. Serahkan Borang
RUMUSAN sahaja dan Bukti pembayaran kepada Bendahari Daerah.
12. Terima Resit sebagai bukti terima bayaran dan kad keahlian
sementara.
Adalah sangat diharapkan kepada para pemimpin untuk bertindak awal
menyelesaikan perkara memperbaharui keahlian ini supaya program daerah dapat
dilaksanakan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment