Salam Pengakap,
Buat julung kalinya Majlis Pengakap Daerah Kulaijaya akan bermesyuarat kali pertama untuk melantik Ahli Majlis, Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Kecil Lencana, menetapkan Undang-undang Kecil dan Dasar Kewangan demi pembangunan Pengakap Daerah Kulaijaya.
| Gambar Hiasan (Sumber pengakapmalaysia.org) |
Jika tiada perubahan dari pihak Tuan Pegawai Daerah Kulaijaya, mesyuarat akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Daerah Kulaijaya
Pakaian : Uniform No. 3 (bagi Pemimpin dan ADC)
Jemputan akan diedarkan dalam tempoh terdekat. Beberapa jawatan perlu dilantik atau diberi cadangan nama. Mohon pemimpin yang boleh menyumbangkan tenaga dan masa untuk kepentingan Ahli Pengakap Daerah Kulaijaya untuk menghubungi Setiausaha Pengakap Daerah.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment