Thursday, May 30, 2013

Mesyuarat Pengurusan Pengakap Daerah Kulaijaya 2013



Pengetua / Guru besar
Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya,
(U/P: Guru Pemimpin Pengakap)

Tuan,

MESYUARAT PENGURUSAN PENGAKAP DAERAH KULAIJAYA 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Pengakap Daerah Kulaijaya 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

            2.1       Tarikh             : 12 Jun 2013 (Rabu)
            2.2       Tempat            : Bilik Mesyuarat, SK Taman Kota Kulai 2
            2.3       Masa               : 2.00 petang
            2.4       Pengerusi        : En. Ramli bin Sharip
                                                   Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulaijaya
            2.5       Pakaian           : Seragam Penuh

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

            3.1       Ucapan Aluan Pengerusi
            3.2       Taklimat dan Bengkel Pendaftaran Ahli 2013
            3.3       Aktiviti 2013
            3.4       Hal-hal lain

4.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Guru Pemimpin Pengakap sekolah tuan bagi menghadiri mesyuarat ini. Guru Pemimpin juga diminta untuk membawa komputer riba, dongle internet dan wayar penyambung bagi urusan bengkel pendaftaran.

5.         Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Johan bin Mohd Nasir, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai di talian 019-789 5273 atau En. Ramli bin Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulaijaya di talian 017- 7123 097.

No comments:

Post a Comment