Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KULAIJAYA BIL. 1/2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Pengakap Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 20 Febuari 2012 (Isnin)
2.2 Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Kota Kulai 2
2.3 Masa : 2.30 petang
2.4 Pengerusi : En. Sapian bin Rawian
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Pengerusi JKKD Pengakap Daerah
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2011
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Taklimat Pendaftaran Ahli 2012
3.5 Perbincangan Aktiviti Tahunan 2012
3.6 Hal-hal Lain
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memberikan pelepasan kepada Ketua Guru Pemimpin Pengakap sekolah tuan bagi menghadiri mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Encik Ramli bin Sharip (SK Taman Kota Kulai 2), Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai di talian 017- 7123 097. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment